kini, masa kita tinggal beberapa hari saja lagi.. kita semua bakal berpisah untuk melangkah mengejar cita-masing-masing... Selama 3 tahun, hari-hari kita dipenuhi dengan gelak ketawa yang mengembira, mencuit hati masing-masing. Kini aku pasrah setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hati siapa yang tak sebak kan? lagi-lagi menanti saat yang amat menyedihkan kita, dulu sebelum aku melangkah masuk UMS, aku tak sangka boleh mengukir seribu kenangan manis kat sini, sekarang baru aku mengerti, bahawa setiap pertemuan itu adalah satu anugerah yang paling indah dari illahi buat aku. Aku diberi peluang untuk mengenali sahabat-sahabat yang baik, suasana yang damai dan sebagainya... Aku pasti akan rindui setiap duka dan suka yang pernah terukir dalam diari harianku.. Buat sahabatku yang pernah mengenali aku selama 3 tahun... Aku minta maaf jikalau aku tak mampu menjadi seorang sahabat yang baik. Aku selalu buli korang, aku selalu dengki korang, dan yang paling tak tahan, aku selalu buat lawak bodoh setiap kali kita bertemu muka kan? tapi cayalah aku tiada niat pun nak mengecilkan hati korang dengan lawak bodoh aku tu, cuma aku nak korang terhibur dan gembira je, mana ada sahabat yang nak tengok kawan dia sedih-sedih kan? selagi aku mampu boleh buat korang ketawa, aku buat.. tapi ada juga kawan-kawan yang tak senang hati dengan gurauan aku kan? jujurlah aku takde sedikitpun simpan dendam dengan korang..dan aku nak minta maaf pada korang yang pernah berkecil hati dengan aku... Aku rindu sangat dengan sahabat aku, Azizah, Huda, Auni, Wani, Edayu, Achik, Sidah, Masniah Wani wahab yang dulu pernah bersama dengan aku, kemana saja kita pergi, kita selalu berkumpulan kan? tapi mampu ke kita membina kenangan macam dulu? mungkin tak kan.. tapi aku tetap sayang korang semua dalam hati aku..Halalkan segalanya yang telah aku lakukan sepanjang perkenalan aku dengan korang semua... i Love u 4ever....

Bersama Geng SPRM dalam mementasan Teater Rasuah Tuhan
Berjalan Di Pameran Kebudayaan sambil cari maklumat Adiguru
Geng di new zealand kundasang
Memori Hari Raya Adha di UMS blok B1
memorie di kundasang...
Agenda Hari Keluarga SPS tahun 3.2 dan 1
No comments:
Post a Comment