Thursday, 16 May 2013

cerpen : Pertemuan 2 jiwa



Diantara lelaki dan perempuan terpahat satu kata iaitu cinta yang lahir dari hati dua jiwa. Dua jiwa ini mencari ketenangan keserasian dalam sebuah perhubungan, namun disebalik keserasian  dan kemesraan timbul pula tembok berduri. Mereka diibaratkan angsa yang sedang bermadu asmara ditengah tasik walaupun jauh disudut hati. Satu, di kutub utara dan satu lagi di kutub selatan akhirnya bertemu bertentang mata, luruh darah dan hati terbentuk senyuman antara mereka di sebuah tempat yang asing iaitu di Pantai Tampi-tampi, untuk menyatukan dua jiwa, jika dulu kita mendengar kisah percintaan duyung dan manusia, kini kita dengar pula kisah, insan bernama Mazni dan Mikail sedang  mencari titik-titik kesesuaian jiwa antara mereka dalam sebuah perhubungan namun disebalik kerahsiaan itu timbullah permasalahan cinta yang tak disangka,
Tanpa disangka-sangka perhubungan semakin tegang apabila mereka melakukan pertukaran dan penyamaran dalam alam maya iaitu facebook yang semakin hangat ditambah lagi, saat melihat tangisan air mata si Mazni,  Mikail rasa bersalah kerana menuduh Mazni dengan perkara yang bukan-bukan, Mazni juga menyalahkan Mikail bila berhubungan dengan seseorang menggunakan alat telekomunikasi mazni  tanpa meminta izin dia terlebih dahulu. Kenalan  itu  juga merupakan kenalan baik antara mereka berdua, salah faham kerana kesan persahabatan baik antara mereka menimbulkan rasa cemburu di hati Mazni.

Di hati Mazni terpendam satu rahsia yang telah tersimpan lama dihatinya, Namun dia takut untuk meluahkan isihatinya yang sedang dihantui dengan nama-nama Mikhail di balik bibir merahnya....Manakala Mikhail pula, mula melarikan diri dari si mazni kerana perasaan sebah salahnya menganggu jiwa dan fikirannya, pelbagai alasan yang diberikan agar tidak bertemu muka dengan mazni, namun jauh disudut hati Mikhail ada sebuku rahsia yang terpendam..........

Rahsia yang terpendam sekian lama telah menyebabkan fikiran mikhail bercelaru sukar untuk berfikir, dia memerlukan masa supaya memahami apakah perasaan yang dihadapi sekarang. Andai kata dia mencintai Mazni, adakah dia harus melupakan syafiqah yang sejak dulu menjadi pujaan hatinya, dia buntu dan tak tentu arah kerna dia harus memilih antara Syafiqah atau Mazni !!!

Atas nasihat orang tua Mikhail yang  menuntut agar mereka berdua berbaik. Demi untuk menjaga hati orang tua Mikhail, mereka berdua berlakon baik didepan malah  dibelakang mereka bermasam muka sesama sendiri, namun terselit jua rasa sedih di hati Mikhail dan Mazni kerana sepanjang perhubungan mereka tidak pernah bergaduh besar.

 Buat pertamanya, amat pedih dirasakan oleh Mazni. Dia merasai hatinya sudah ditolak hidup-hidup tanpa belas kasihan. Biarpun nama Mikhail sudah berlabuh dan tetap disitu dan tak mungkin di bebaskan dengan semudah itu bagaikan sang merpati lepas dari sangkarnya Lalu Meninggalkan kesan mendalam di dalam hati mazni…

Sebenarnya mereka berdua ini saling cinta mencintai antara satu sama lain tapi mulut sentiasa menafikan. Biasalah Orang sedang mabuk bercinta tidak sedar akan perbuatan mereka, kata-kata orang yang melihatnya tidak dipercaya kerana mereka adalah sahabat baik.

Tiba-tiba…
Muncul Haris dengan perubahan drastik berpakaian kameja lengkap potongan rambut kemas tidak seperti sebelum ini selekeh berselipar jepun ke kelas ganti Dr. Mary Alex Long di Dewan besar Tengku Anis,UMS.

Mereka semua adalah pelajar tahun akhir jurusan “Seni  Memanusiakan Manusia”,
Semua memandang Haris penuh kekaguman.
Termasuklah Mazni dan Mikhail. setelah Mikhail melihat Mazni memandang Haris dan melayan haris dengan layanan gedik dan mengoda.
Mikhail terus pulang dengan tidak puas hati. Meninggalkan buku-buku dan semua yang berada dalam kelas itu..
Pedih dan pahit dirasai kerna cemburu terhadap kemesraan haris dan mazni.

Kenapa semua ini boleh berlaku disaat Mikhail berada di persimpangan hanya mampu melihat gelagat mereka berdua. Mazni tersenyum puas  melihat Mikhail keluar dari dewan dengan muka yang tidak puas hati. Haris sebenarnya mahu menjadi batu api untuk memusnahkan hubungan mazni dan Mikhail kerana haris sudah lama berdendam dengan Mikhail berkaitan dengan tugasan berkumpulan dibawah pensyarah Dr.Mary Alex Long yang dikenali agak tegas dalam semua hal berkaitan pelajaran. Namun disebabkan salah faham antara mereka berdua. haris terpaksa mengulang subjek yang sama untuk semester akan datang dan pada masa yang sama haris juga mempunyai perasaan pada mazni.

Sejenak mazni memikirkan kenapalah dia boleh melayan haris kerana semata-mata untuk membuat Mikhail cemburu dan Mikhail pula memberi respon yang mengejutkannya.dugaan yang dihadapi oleh mazni menyebabkan mazni rasa serabut.migrain menyerang kepala mazni, kesakitan yang amat sangat ditambah pula dari pagi sampai ke petang mazni tidak menyentuh  sedikit pun makanan.

Mazni menahan kesakitan.Dia tidak mampu untuk meminta pertolongan kepada sesiapa lagi. kepalanya hanya memikirkan Mikhail dan ramli teman baik sejak dulu lagi.kini, pada siapa dia harus meminta tolong dan mengadu akan perasaan yang seringkali menghantuinya.

Mikhail atau Ramli nie??

Mazni keliru untuk meminta tolong pada 2 insan yang pernah dia rapat dan sayang, hati dan perasaannya bercelaru! Fikir punya fikir, akhirnya mazni menghubungi haris untuk meminta bantuan untuk hantarnya ke klinik, kerana mazni tidak tahan lagi menahan kesakitan yang dia tanggung semalaman.
“ assalamualaikum.... Haris, tolong maz boleh tak?”. Sapa maz dengan suara yang tergetar-getar.
“Tolong apa maz? Maz ok tak ni? Bunyi macam tak ok je?” balas haris
“Haris, hanta maz pergi klinik boleh, maz tak tahan lagi,menanggung kesakitan ini! Harap haris dapat bantu maz?” Pinta maz dengan nada merayu.
“Sakit!.. Maz kat mana sekarang? Haris datang sekarang, maz tunggu ok.”
“Maz kat kolej Impian, maz tunggu kat bawahya..... Talian telefon terputus secara tiba-tiba.
Beberapa minit kemudian, haris muncul diperkarangan kolej impian dengan kereta viva biru kepunyaan haris sendiri, Mazni kelihatan agak pucat dan lemah sekali. Haris terus menghampiri mazni dengan memimpinnya ke dalam kereta. Dan kereta terus meluncur ke jalan besar menuju ke Hospital Perdana.
Setiba di hospital, mazni terus dimasukkan kedalam bilik kecemasan dengan segera, kerana badannya terlalu lemah lalu pengsan di hadapan pintu besar hospital, haris  buntu dan gelabah dengan apa yang sedang berlaku di depan matanya. Mulutnya tidak lekang menyebut nama mazni, dan beristifar mengharap agar mazni selamat dan dijauhi dari penyakit yang serius.
Selang beberapa minit haris menunggu di bangku berhadapan dengan kaunter jururawat, akhirnya keluar seorang doktor yang merawat mazni menyapa haris dengan muka yang agak membimbangkan hati haris.
“Maaf encik, boleh saya tahu apakah pertalian encik dengan wanita tadi?”.
“kami….. kami….. kawan sekampus doktor”. Jawap haris.

“Boleh encik hubungi saudara terdekat pesakit tadi? Keadaan saudari tadi, stabil, Cuma tekanan darahnya agak tinggi dan kandungan gula dalam badannya kurang jadi dia memerlukan rehat yang banyak, kerana berkemungkinan saudari tadi banyak berfikir sehingga tidak menjaga kesihatan dengan baik.

“ Baiklah doktor, saya akan hubungi keluarganya. Terima kasih doktor. Balas haris dengan sedikit senyuman kepada doktor tadi.
Haris terus menuju ke wad yang menempatkan mazni dengan langkah yang laju, bila tirai pintu di selaknya, hatinya agak sedikit sedih, dengan keadaan mazni yang pucat lesi, tidak bermaya dan mazni sedang lena selepas diberi suntikan antibiotic. Mata haris tadi tidak beralih sekalipun memandang mazni, Maz apa yang membuatkan kau jadi begini? Kenapa kau seksa diri kau sebegini rupa? Adakah aku punca semua ini? Salah ke aku menyintaimu dalam diam? Ya allah kuatkanlah hatiku  dan hatinya agar kami tabah menghadapi cubaanmu ini. Pelbagai persoalan bermain di hati Haris, sehingga dia tidak menyedari setitis air mata jatuh ke pipi gebunya itu. Haris cepat mengesat air mata tadi, lalu melangkah keluar dari wad tadi, menuju ke kafe hospital, untuk mencari sesuap nasi, kerana dari pagi dia juga tidak nyamah sebutir nasi pun.
Tersedarnya mazni dari tidurnya tadi, dia agak terkejut berada di sebuah katil yang agak terasing dengan dirinya, dia memicit-micit kepalanya, kerana terasa sakit yang berdenyut-denyut yang tak terhingga. Tak lama kemudian, muncul haris didepan matanya dengan membawa sebungkus buah-buahan ditangannya sambil tersenyum. Dia kebinggungan, sejak bila pula mamat ni boleh datang kat sini? Siapalah yang bagitahu? Heran mazni secara tiba-tiba.
“hai, maz? Ok da awak? Sapa haris.
“Ok la juga. Mana tahu saya ada kat sini? mazni Kebingungan.
“Eh, awak yang call saya, suruh saya hantar awak ke klinik kan? Jadi saya terus bawa awak pergi hospital, besar sikit? Kata haris sambil buat lawak yang tak logic.

“oo.. yekew.. maaf ya. Saya tak sedar. Mazni senyum tersipu-sipu tanda malu.

*** SAMBUNGGG*********

No comments:

Post a Comment