Wednesday, 15 May 2013

Khas untukmu “kekawan seni kreatif Batch 2010/2013 
Kesayuan bila mengenangkan kenangan lalu, 
Yang tercetus antara kau dan aku, 
Yang pernah ketawa, menaNgis bersama, 
Dalam apa jua keadaan kita. 
Kini, Sisa pertemuan kita semakin hampir, 
Saat ini harus kita hargai, 
Walaupun masa penamatnya, 
semakin menghantui kita, 
namun, kau dan aku, 
harus kuat mengharunginya, demi sebuah impian. 
Untuk terus melangkah menuju ke hadapan. 
Mahu atau tidak, Kita harus cekal menerimanya, 
Kerana semuanya akan berakhir. 
Kawan, 
Semoga kenangan lalu, 
memberi seribu makna Dalam diri kita. 
Dan, semoga kita dapat menikmati masa yang ada ini Untuk coretan terakhir ukhwah antara kita, Buat selamanya, Dalam kenangan SENI KREATIF BATCH 2010/ 2013.

No comments:

Post a Comment